Tasek Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Daerah Muallim. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini seperti berjoging, berkelah, main belon air , taman permainan dan lain-lain. Selain itu antara keunikkan Taman Tasik Embayu ini adalah tempat rekreasi  sangat luas dan selesa, keindahan flora dan fauna secara semula jadi dan permandangan yang indah kerana berhampiran dengan bukit bukau yang menghijau

Tasik Embayu  merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung.

Disini juga terdapat kedai-kedai makan, runcit, klinik dan lain-lain lagi. Pelbagai aktiviti juga telah dan pernah diadakan disini seperti pertandingan “Futsal”,Paint Ball” dan “Eco Challenge” yang telah menarik minat masyarakat sekitarnya.

Nak tahu di mana lokasi? Ianya terletak di Kawasan Proton City Tanjung Malim.. Boleh Klik di link ni https://www.google.com.my/maps/place/Taman+Tasik+Embayu+Proton+City/@3.745145,101.5310486,17z/data=!4m5!3m4!1s0x31cb88ad026f9161:0x93f446942208850b!8m2!3d3.7457502!4d101.5333821?hl=en

menarikdi.com