Tubotel Langkawi merupakan hotel bajet rendah seumpamanya di seluruh Asia. Diilhamkan oleh Dasparkhotel Austria, hotel tiub konkrit ini memperkenalkan konsep penginapan gaya minimalis ke tahap yang lain. Berlokasi di pinggir Pantai Cenang yang jauh dari hingar-bingar kota, Tubotel cukup menjadi tempat penginapan golongan muda buat semalam dua. Ia menyediakan bilik yang asas dengan kemudahan lampu, kipas/pendingin udara dan soket selain katil tingkat yang cukup selesa untuk menghilangkan lelah setelah seharian meronda Pulau Langkawi. Turut disediakan adalah kerusi untuk berehat di luar hotel sambil anda berpeluang menyaksikan matahari terbenam tatkala senja menjelma.

Sumber : Majalah InTrend.

Sumber foto : www.tubotel.com

Waktu Operasi :

Dibuka setiap hari

Hubungi : 014-240 7022

http://www.tubotel.com/

Lokasi : Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia (6.3040305,99.6477596)

 

 

menarikdi.com