Produk Kacang Puteh telah menjadi salah satu pilihan rakyat Malaysia memilih kudapan atau makanan ringan untuk sambutan Hari Raya dan dijadikan sebagai goodiesbeg untuk majlis-majlis keraian. Terdapat pelbagai jenis produk yang dihasilkan antaranya Maruku, kerepek Ubi, Manisan, dan pelbagai lagi. Di kawasan Kampung Kacang Puteh merupakan lokasi  yang menjadi tumpuan pengusaha untuk menjalankan  Perniagaan kacang Puteh.  Antara pengusaha yang menjalankan perniagaan kacang puteh ialah Encik Vellan Subramanian. Menurut Encik Vellan, Perniagaan ini telah diusahakan oleh moyangnya , Kemudian diwarisi kepada Ibunya dan beliau merupakan generasi ke-4 mengusahakan perniagaan CTS Kacang Puteh selepas ibunya.

CTS kacang Puteh berfokus kepada perniagaan secara borong dan runcit untuk dipasarkan kepada pelanggan yang ingin menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dipasar malam atau kedai-kedai runcit. CTS Kacang Puteh mempunyai kilang mereka untuk menghasilkan produk dan setiap produk yang dihasilkan menggunakan resepi turun temurun keluarga mereka.

Bagi mengembangkan lagi perniagaan CTS Kacang Puteh dan selaras dengan dunia yang berteknologi ini, Generasi ke-4 Encik Vellan mempelajari selok belok pemasaran melalui ICT bagi memudahkan urusan jual beli dan mempergiatkan promosi perniagaannya di media sosial. Setiap minggu beliau akan mengemaskini segala maklumat berkaitan produk dan mewarwarkan kepada umum sekiranya terdapat promosi di Facebook Pages CTS Kacang Puteh Ent. Untuk perniagaan yang diuruskan beliau sekarang, produk Kacang Putih masih dalam proses untuk mendapatkan sijil kelulusan Halal dari Jakim.

Lokasi : 28, Laluan sungai pari 4, Kampung Kacang Puteh, Buntong Ipoh, Perak

No. Telefon : 05-255 4561

Facebook: CTS Kacang Puteh

menarikdi.com