Selamat hujung minggu semua. Apa kata anda bersantai di ‘WOW Kampar’ di Bandar Baru Kampar pada hujung minggu ini. ‘WOW Kampar’ merupakan sebuah acara mega yang dianjurkan secara bersama oleh Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Festival ini disokong oleh Kerajaan Negeri Perak turut menerima sokongan daripada Grand Kampar Hotel sebagai Rakan Strategik. Festival selama 3 hari 2 malam ini dilaksanakan antara lain untuk merancakkan lagi usaha-usaha mempromosikan Kampar menerusi 5 komponen utama. Datanglah beramai-ramai pada 24 Mac 2017 sehingga 26 Mac 2017 di Sports @ Grand Kampar, pukul 9 pagi hingga 10 malam.

 

Antara aktiviti menarik yang anda boleh sertai di WOW Kampar adalah booth jualan (makanan, minuman, aksesori, cenderahati) WOW Mini Games, Ultimate Petting Zoo, Voyage Game : Ekspedisi Perak, Giant Soopa Doopa dan Pekan Kartun. Jangan ketinggalan!

menarikdi.com