Thursday, December 12, 2024
Thursday, December 12, 2024
HomePerakSlim River, Tanjung Malim, TapahAir Terjun Lubuk Degong, Bidor

Air Terjun Lubuk Degong, Bidor

Ada sesetengah warga tempatan memanggilnya sebagai Air Terjun Lubok Degong tetapi ada juga yang memanggil Bidor Waterfall dan Gepai Waterfall. Ia terletak dikaki Banjaran Titiwangsa. Jauhnya dari Pekan Bidor kira-kira 8 km dan boleh dimasuki dengan pelbagai kenderaan darat.

Pada masa dahulu kawasan Lubok Degong ini dibawah kawalan perintah berkurung kerana kegiatan komunis.Walau bagaimana pun pengunjung tetap dibenarkan masuk tetapi perlu meninggalkan kawasan tersebut sebelum jam 6.00 petang. Pada tahun 1989 Lubok Degong telah dibuka semula setelah ancaman komunis reda kerana perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya di Thailand.

Air di Lubok Degong sangat bersih dan cantik. Masih belum tercemar, malah airnya jernih dan sejuk.Hutan disekelilingnya yang masih terpelihara membuatnya sesiapa yang datang ke sini akan berasa nyaman dan selesa. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga tetapi diingatkan jangan cuba-cuba untuk menguji diri untuk terjun, berenang atau memanjat bukit kerana ianya terlalu berbahaya kepada diri sendiri dan juga orang lain kerana terdapat banyak lubuk dan laluanya agak merbahaya.

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular