Tuesday, March 11, 2025
Home#Lokasi MenarikAyam Goreng Kimie Z: Dari Gerai ke Restoran Moden di Bintong

Ayam Goreng Kimie Z: Dari Gerai ke Restoran Moden di Bintong

Ayam Goreng Kimie Z memang tak asing lagi bagi warga Perlis. Sejak mula beroperasi pada tahun 2010, mereka telah memikat hati ramai dengan ayam goreng yang rangup dan sedap. Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam menyediakan ayam segar dengan rempah ratus terpilih, tak hairanlah mereka mempunyai pengikut setia.

Pada 7 Februari 2025, Ayam Goreng Kimie Z melangkah setapak lagi dengan membuka restoran makanan segera pertama mereka di Jalan Persiaran Makanan Bintong, Kangar. Restoran ini menawarkan suasana moden dan selesa, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan menikmati hidangan bersama. Lokasinya strategik, bersebelahan dengan Kedai Makan Tengah Hari Peladang. Untuk kemudahan, anda boleh rujuk pautan lokasi berikut: https://maps.app.goo.gl/wTNWaS3gidikt5Q78

Selain cawangan baharu ini, mereka juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Kangar, termasuk di Foodcabin, UTC Kiosk, dan Taman Sena Indah. Setiap hari Rabu, mereka turut serta dalam pasar malam Bintong dan juga di Pasar Tani.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Insyirah Izwan (@nurinsyirah.izwan)


Untuk melihat gambar dan video ayam goreng mereka yang mengiurkan, anda boleh melayari Instagram dan TikTok mereka. Ramai pelanggan memberikan maklum balas positif, menyatakan bahawa ayam goreng mereka memang padu.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan ayam goreng yang telah menjadi kegemaran ramai di Perlis. Selamat menjamu selera!

RELATED ARTICLES

Most Popular