Balai Seni Negeri Kedah yang berkedudukan di tengah-tengah Medan Budaya ,Alor Setar,Kedah. Kedudukannya yang strategik menarik ramai pengunjung mengunjung Balai Seni Negeri Kedah.
Pada asalnya, ia dibina khas untuk dijadikan Mahkamah Besar pada tahun 1912 dan penah menjadi pejabat kepada jabatan kerajaan negeri. Antara jabatan kerajaan negeri yang dulu penah ditempatkan di Balai Seni Negeri adalah Pejabat Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Penasihat British, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Parit dan Tali Air . Balai Seni Negeri juga, merupakan bangunan moden terawal di bina di Bandar Alor Setar. Balai Seni Negeri Kedah telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul HAlim Mu’adzam Shah dan telah diisytiharkan sebagai Balai Seni bersempena sambutan perayaan Jubli Perak pada 25 Julai 1983.
Balai Seni Negeri Kedah merupakan salah satu cawangan Muzium Negeri Kedah. Pelbagai aktiviti-aktiviti seni telah dijalankan seperti pameran foto, pameran seni visual bengkel dan juga seminar yang melibatkan masyarakat setempat. Selain itu, di Balai Seni Negeri turut dikumpul, disimpan dan dipamerkan hasil-hasil seni visual yang telah dihasilkan oleh artis-artis tempatan dan juga luar Negara. Bagi sesetengah masyarakat setempat , Balai Seni Negeri turut dijadikan sebagai pusat rujukan seni mereka.
Waktu Lawatan:
9.00pagi – 5.00 petang : Sabtu hingga Khamis
9.00 pagi – 12:30tengah hari , 2:30 petang –5.00 petang: Jumaat
No telefon