Keistimewaan bazar Ramadan di Taman Wira Mergong yang berdekatan dengan Shahab Perdana ini adalah terdapat pelbagai juadah makanan untuk pengunjung berbuka puasa. Rata-rata yang berkunjung selain kaum melayu adalah kaum Cina dan juga India.
Kemeriahan terasa pada pukul 5.00 petang dan dikatakan jalan disini pun agak sesak kerana ramai yang datang dan lokasinya di tepi jalan. Namun ia tidak menjadi kekangan kepada orang ramai datang membeli bagi menikmati juadah kegemaran semasa berbuka puasa.
Bazar ini juga terkenal kerana tarikan juadah yang menarik seperti aneka lauk masakan, ikan bakar, ayam madu, kuih muih, aneka minuman ,bihun sup hijau kuning dan lain-lain lagi. Pendek kata “Macam-Macam ada kat sini”.
Lokasi : Taman Wira , Mergong , Alor Setar Kedah.
(Tapak Pasar Tani dan Bazar Ramadan)