Buffalo Park yang terletak di Kampung Nyior Chabang mengambil masa kira-kira 20 minit dari pekan Kuah. Terletak di antara Gunung Mat Cincang dan Gunung Raya menyerlahkan lagi pemandangan indah dikawasan sekitar terutama di waktu pagi. Anda berpeluang merasai sendiri proses pemerahan susu secara manual sekiranya anda datang pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Pengunjung turut dapat merasai aktiviti lain yang disediakan seperti Buffalo riding, bergambar dengan kerbau (prop khas disediakan), farm tour, melihat proses pempasteruran susu dan perbuatan mozzarella cheese.
Produk segar dari ladang? Sudah semestinya anda tidak perlu ragu-ragu lagi. Anda boleh mencuba yogurt diperbuat dari susu kerbau, ada juga mozzarella cheese yang mungkin boleh dijadikan buah tangan. Anda juga boleh merasa menu berasaskan produk dari kerbau seperti French Loaf with Mozzarella Cheese, Mozzarella cheese with tomato, Buffalo steak dan Osobuko.
Waktu lawatan
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
9.00AM – 5.00PM
Hubungi : 0 11-1997 5113/ 04 966 7226
Â
Lokasi : Buffalo Park, Jalan Nyior Cabang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia (6.3780324,99.7619801)