Assalamualaikum dan selamat tengah hari warga Kinta. Anda teringin merasa pelbagai jenis makanan gabungan Asia dan Barat di Kampar? Semua persoalan ini terjawab jika anda singgah sebentar di Cafe Alice. Antara menu makanan popular di Cafe Alice adalah Spaghetti Bolognese, Spaghetti Aglio, Mozarella Cheese, Truffle Fries, Sweet Potato Fries dan Creme Brulee. Jangan risau, anda boleh menikmati semua ini dengan harga yang berpatutan.
Cafe Alice turut menyediakan pelbagai jenis kopi dan minuman mengikut citarasa anda. Admin dah mencuba menu Spaghetti Bolognese dan Air Strawberry Alice, memang sedap sangat!
Anda pasti teruja ber’selfie’ kerana dekorasi di dalam kedai ini sangat cantik, minimal dan bertemakan filem Alice in Wonderland.
Cafe Alice dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Anda juga boleh menghubungi Cafe Alice di talian 05-467 2686 dan 017-480 5048 untuk sebarang pertanyaan. Lokasinya adalah di 20-G, Castle Avenue, Bandar Agacia, Kampar, Perak. Lokasi ini juga berhampiran dengan UTAR dan Sekolah Antarabangsa Westlake. Anda boleh rujuk di peta Google Maps di bawah untuk ketahui lokasinya. Jom ke Cafe Alice sekarang juga.