Cakoi atau lebih dikenali oleh kalangan penduduk Pulau Pangkor iaitu “Patongko” merupakan menu minum pagi & petang yang popular di sini. Perkataan ‘Patongko” diambil dari Thailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini. Cakoi merupakan doh berbentuk panjang dan berwarna keperangan apabila siap dimasak.
Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi dimakan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam.
Jadi kepada pelancong yang mencari menu makan yang menarik di Pulau Pangkor boleh mencari di warung Pian yang terletak berhadapan Dataran Arena Sungai Pinang Besar Pangkor.
Harga   :  RM 0.60 sen sahaja
Lokasi  :  Pian Patongko
Alamat  :  Warung Pian ( berhadapan Arena Sungai Pinang Besar )
Waktu Operasi : 4.00 pm – 7.00 pm