Cendol merupakan pencuci mulut yang digemari oleh semua lapisan. Manakala durian pula merupakan raja buah yang menjadi kegemaran semua. Apabila digabungkan keduanya, maka terhasillah CENDOL DURIAN yang lazat!!
Anda boleh menikmati CENDOL DURIAN PULAU yang berada di Medan Selera Lumut, bersebelahan dengan Stesen Bas Lumut. Selain pelbagai pilihan cendol, kedai ini juga menghidangkan laksa, mee kari dan hidangan bergoreng. Jika anda berkunjung ke Lumut, jangan lupa singgah di kedai CENDOL DURIAN PULAU. Selamat mencuba!!
Masa Operasi: Dibuka setiap hari pada pukul 11 pagi hingga 8 malam
No. Telefon: 019-5689771 / 0111-3229882
Lokasi: Medan Selera Lumut 32200 Lumut Perak