CHALET TERAPUNG SEGANTANG GARAM
← MERBOK →

Terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok, dekat sini, chalet berkenaan merupakan sebuah tempat percutian atau perkhemahan yang ‘terlepas daripada segala gangguan’ dan kedamaian alam yang masih terpelihara. Untuk sampai ke destinasi itu, perjalanan darat hanya 12 kilometer dari pekan Merbok menghala ke Sungai Gelam, Bujang atau 20 minit menaiki bot dari Tanjung Dawai serta 30 minit menaiki bot dari Jeti Semeling.

Terdapat tujuh chalet yang diapungkan atas Sungai Merbok. Dua daripada chalet ini menawarkan bilik tidur berhawa dingin, sementara satu lagi merupakan calet jenis VIP dilengkapi perabot, peralatan dapur, televisyen dan ruang santai. Dan dua chalet berkembar tanpa pendingin hawa serta empat buah bilik penginapan berasingan juga tersedia. Satu pelantar turut disediakan untuk aktiviti memancing atau riadah yang dilengkapi perabot dan dapur, sebuah dewan untuk bermesyuarat dan riadah dengan kapasiti 80 orang pada satu-satu masa. Ia dilengkapi kerusi, meja dan set karaoke.
Untuk Sebarang pertanyaan / tempahan
Hubungi
0124614779 (KHAIRUL)
0195592117 (H/P CHALET)