Ingin berkuda dengan keluarga semasa bercuti di Penang? Boleh, kalau anda ke Countryside Stables di Balik Pulau ini.
Di sini, anda dan isteri boleh menunggang kuda dewasa dan anak kecil anda boleh menunggang kuda kerdil. Jika anak anda belum puas, mereka juga boleh membeli jerami padi untuk memberi makan kuda-kuda di sini. Berbeza dengan tempat menunggang kuda lain, kuda-kuda di sini adalah haiwan peliharaan tuan punya tempat ini. Oleh sebab itu ianya lebih terjaga dan kawasan persekitarannya juga lebih bersih dan rapi.
Harga Tiket
Dewasa (RM) | Kanak-Kanak (RM) | |
---|---|---|
Tiket Masuk | 5 | 3 |
Menunggang | 20 | 20 |
Jerami Makanan Kuda | 5 | 5 |
Waktu Operasi
Setiap Hari : 2ptg – 7malam