Sunday, December 22, 2024
Sunday, December 22, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanGreentown Dim Sum Cafe

Greentown Dim Sum Cafe

Kepada penggemar Dim Sum yang beragama Islam, pasti anda tertanya-tanya kat mana nak cari Dim Sum yang halal dan sedap. Apa kata anda datang ke Greentown Dim Sum Cafe, Ipoh ni. Kedai ini terletak di No10, Persiaran Greentown 4, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak. berhadapan dengan pejabat PTPTN Ipoh. Selain Dim Sum, disini juga turut menyediakan hidangan lain seperti Nasi lemak, Kuetiaw goreng, Mee Wantan, Nasi goreng dan pelbagai lagi hidangan lazat. Kedai ini jugak turut dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Harga nya pon sangat berpatutan dan tak rugi kalau anda cuba. Kedai ini dibuka setiap hari kecuali selasa dan mula beroperasi pada jam 8 pagi hingga 9 malam. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi di talian 05-255 2010

sha dyana
sha dyana
-pusat internet 1 malaysia klebang utama -kluster perak kinta -penolong pengurus
RELATED ARTICLES

Most Popular