“Biar malam je yang gelap, masa depan kita biar cerah”. Begitulah kata-kata di dinding Justmi Noodle & Soup yang menyambut pelanggan ke kedai ini.

Juadah makanan bercitarasakan dari Kelantan seperti Mi Celup dan Nasi Air menjadi menu utama di sini. Anda boleh memilih sama ada bihun, maggi, kuetiau atau rice noodle untuk menggantikan mi di dalam juadah Mi Celup. Harga juga sangat berpatutan iaitu sekitar RM6 hingga RM7 sahaja. Jangan lupa juga pelbagai jenis minuman yang boleh anda beli di sini. Kami cadangkan anda mencuba Justmi Signature seperti Bandung Cincau, Jagung Cincau dan Cincau Susu. Memang sedap!

Justmi Noodle & Soup terletak di Jalan Kampar Barat 1, Bandar Agacia. Untuk memudahkan pencarian, kedai makan ini bersebelahan dengan klinik gigi Oral Care, sebaris dengan kedai 99Speedmart.

Waktu operasi adalah 1.00 petang hingga 10.00 malam dan hanya tutup pada hari Jumaat sahaja. Sebarang tempahan makanan atau minuman, anda boleh order ke 018-246 4538 (Justmi Noodle & Soup).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.