Kak Su Laksa/ Laksa Kak Su

0
58

Salam semua, kalau mai Negeri Perlis tak try laksa Kak Su rugi amat. Jadi hari ni admin nak cerita sikit pasal laksa Kak Su ni.

Dulu-dulu waktu duduk Perlis, tak berasa sangat nak makan laksa Kak Su ni, tapi bila selalu pergi program dan tuan rumah jamu laksa Kak Su, time tu rasa laksa Kak Su ni memang terbaik habis lah.

Kalau makan laksa tempat lain pun tak boleh nak challenge rasa laksa Kak Su ni. Dia punya kuah likat ya amat. Berasa isi ikan waktu suap laksa dalam mulut tu. Tambah kalau gaul dengan telur kuning, surrr wei..

Depa kata, kalau nak lagi sempoi, kena makan pulut udang dia sama. Lembut pulut dia, dengan isi dia.. pehhh, mengancam wei..

Depa kata lagi, kalau nak lagi power, ambil pulut udang tu rendam dalam kuah laksa dan makan sekali. Ada yang kata syok buat lagu tu, tapi admin tak suka sangat, hilang rasa sedap pulut udang tu.

Kat bawah admin share senarai dan harga makanan kat kedai Kak Su Laksa. Boleh singah mai

Gunakan Waze ke Kak Su Laksa: https://waze.com/ul/hw1phqsdk4

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.