Sunday, December 22, 2024
Sunday, December 22, 2024

LAKSA MEE PANGKOR

Kalau sebut sahaja Laksa Mee mesti pembaca akan terfikir Mee berkuah Laksa.  Namun sebenarnya Laksa Mee merupakan mee putih yang berkuah dengan sup ikan atau ketam mengikut citarasa.  Itulah keunikan makanan yang paling popular di Pulau Pangkor.

Jika pergi ke Pulau Pangkor carilah Laksa Mee untuk merasai kenikmatannya.  Memang sedap!. Di Pangkor ramai menjual dan menjadikan Laksa Mee sebagai menu sarapan pagi dan petang.  Cara membuat Laksa Mee pun cukup mudah dan cepat.  Kebiasaannya peniaga menjual Laksa Mee dengan harga bermula dari RM1 hingga RM3 sahaja.

Lokasi Laksa Mee

  1. Kiosk 1 Arena Square Pasir Bogak
  2. Kedai No. 2 Jalan Pasir Bogak ( berdekatan Pi1M Pangkor )
  3. Warung Mat Isa ( berdekatan Masjid Pangkor )
  4. Warung Bawah Pokok
  5. Burger Sepak Takraw
  6. Kampung Teluk Kecil
  7. Kampung Sungai Pinang Besar
  8. Kampung Teluk Raja Bayang

RELATED ARTICLES

Most Popular