Siapa tidak kenal Laksa Pokok Limau? Kalau datang ke Kuala Kangsar mesti wajib singgah dahulu ke gerai Laksa Pokok Limau yang sememangnya terkenal di daerah ini. Laksa Pokok Limau yang sememangnya sinonim dengan keunikan telur sarang yang dipercayai adalah pengasas kepada kewujudan cara mengoreng telur berbentuk sarang ini. Selepas itu wujudlah beberapa gerai makanan yang mengikuti jejak langkah cara mengoreng telur bersarang ini.
Laksa Pokok Limau ni terletak di Kota Lama Kiri tidak jauh dari pekan Kuala Kangsar. Kedai ini hanya terletak di tepi jalan sahaja dengan satu papan tanda besar terpampang memudahkan orang ramai terutamanya orang luar untuk mengenali kedudukan kedai ini.
Kedai ini pernah keluar dalam rancangan Jom Terokai Perak yang telah dihoskan oleh Maria-Tunku-Sabri. Jika ingin mengetahu kedudukan kedai ini kalau dari pekan Kuala Kangsar boleh melalui jalan lama ke Ipoh, di sebelah kanan nanti akan nampak Rumah Anak Yatim Sultan Abdul Aziz, masjid baru Kota Lama Kiri , seterusnya lagi nanti akan nampak papan tanda kedai Laksa Pokok Limau.
Antara sisi gambar kedai Laksa Pokok Limau bagi mengenali dengan lebih dekat lagi.
Bahagian hadapan Kedai Laksa Pokok Limau Bahagian kaunter
Ruang tempat makan Label harga bagi setiap jualan laksa
Suasana kedai yang sentiasa dipenuhi pelanggan
Antara proses pembuatan Laksa Pokok Limau dan bahan–bahan yang diperlukan.
Telur digoreng dengan minyak masak yang banyak dan panas.
Kuah laksa yang sungguh pekat dan laksa yang direbus empuk
Laksa Pokok Limau sedia terhidang dengan juadah yang ‘simple’ sahaja.
Batu 28 setengah,
Jalan Ipoh-K.Kangsar
Kota Lama Kiri, Perak D.Ridzuan
Tel: 019-422 9512