Tidak ramai yang mengetahui kewujudan dan keindahan Lata Ulu Chepor ini. Flora dan faunanya masih terpelihara dari pencemaran alam sekitar dan lebih menarik lagi, ia terletak kira-kira 10km dari bandar Ipoh.
Bagi anda yang bercadang untuk ke bandar Ipoh, boleh singgah sebentar di Lata Ulu Chepor untuk menikmati keindahan dan kehijauan alam yang pastinya memberi ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung.
Lokasi : Kampung Ulu Chepor, 31200 Chemor, Perak
Waktu Operasi : 8.00 pg – 6.00 ptg
Bayaran Masuk : RM 2.00
Untuk sebarang pertanyaan, harga, tempahan chalet atau pondok, anda boleh hubungi : 019-435 2041 (En.Mohd Ariffin) atau 012-593 5406 (En.Mohd Alias)