Kawasan air terjun Ulu Licin Beruas ini terletak didalam hutan simpan kekal Bubu. Jarak dari pekan Beruas adalah lebih kurang 5 KM. Anda akan melalui kawasan perumahan, ladang kelapa sawit dan kebun getah. Anda disarankan untuk menaiki kenderaan sendiri jika ingin ke Air Ulu Licin ini kerana agak susah untuk dapatkan kenderaan untuk keluar masuk kawasan ini.
Kawasan air terjun ni terbahagi kepada beberapa tingkat,  tapi yang paling sesuai untuk seisi keluarga terutama mereka yang ada anak kecil adalah bahagian tengah kerana aliran air nya tak terlampau deras dan dalam.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan kat sini selain mandi-manda & beriadah ialah :
- Â Jungle tracking – ada laluan disediakan.
- Camping
- BBQ
- Anda juga boleh sekadar berehat sambil menikmati pemandangan hutan yang indah pasti dapat menghilangkan penat korang semingguan bekerja atau belajar.