Lempeng Pisang atau tempek pisang dan dalam bahasa inggeris “pancake” merupakan salah satu kuih tradisional waktu petang dan boleh dikategorikan kuih dulu-dulu. Kreatif juga orang dulu-dulu di mana pisang dilenyek dijadikan tempek dan kalau nak sedap masukkan inti kelapa. Kebiasaanya ia boleh dibuat di rumah tetapi kalau malas nak masak atau melancong ke Pulau Pangkor boleh cuba kesedapan lempeng pisang di mana satu-satunya Lempeng Pisang yang dijual di Pulau Pangkor.
Lempeng Pisang ini sememang digemari oleh semua orang terutama penduduk tempatan dan para pelancong. Mr.Zack telah mengusahakan perniaagaan lempeng pisang ini sudah lebih 20 tahun selepas tamat persekolahan. Tapak perniagaannya berhadapan Masjid Teluk Raja Bayang Pekan Pangkor. Bermula dari jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.
Lempeng Pisang ini turut ada di Pantai Teluk Nipah di mana lokasi aktiviti air di sana. Tetapi ia dijual ketika musim persekolah dan cuti umum. Ketika itu ramai pelancong tempatan dan luar negara membeli lempeng ini.
Hanya RM 1 sahaja..!!!
Lokasi : Lempeng Pisang
Alamat : Hadapan Masjid Teluk Raja Bayang @ Pantai Teluk Nipah
Waktu Operasi : 5.00 petang – 7.00 malam