Anda ingin melarikan diri sebentar dari keserabutan ke suasana yang selesa dan nyaman? Homestay Manggis adalah jawapannya! Homestay Manggis menjanjikan suasana yang tenang seperti rumah kedua anda. Inap desa ini terletak di Kampung Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak iaitu hanya 7 minit dari Kampar dan 30 minit dari Ipoh.
Manggis Homestay terdiri daripada 2 unit banglo masing-masing mempunyai 3 bilik tidur dan ruang tamu yang lengkap serta berhawa dingin dan 1 unit banglo 4 bilik. Peti sejuk , dapur dan peralatan memasak juga disediakan.
Manggis Homestay dikelilingi persekitaran hijau dengan pohon-pohon buah-buahan di kawasan seluas 1 ekar. Inap desa ini sesuai untuk menjalankan aktiviti keramaian seperti kenduri perkahwinan, hari keluarga dan sebagainya.
Manggis Homestay juga terdapat cawangan baru iaitu Manggis Homestay Tebing Tinggi. Rumah Duku dan Rumah Langsat yang terletak di Kampung Tebing Tinggi, Jalan Besar Malim Nawar iaitu kurang dari 1 kilometer daripada Manggis Homestay Tualang Sekah. Selain itu, Manggis Homestay menyediakan pelbagai jenis inap desa antaranya Rumah Jambu, Rumah Durian, Rumah Rambutan, Rumah Ciku dan Rumah Rambai. Kesemua rumah ini mempunyai ruang bilik yang berlainan. Harganya juga sangat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pn. Maziah (013-597 5965) atau En. Aziz (019-576 7551). Pelan lokasi adalah seperti di bawah.