Masjid adalah tempat beribadah bagi seluruh umat Islam. Masjid Al Badr juga dikenali Masjid Seribu Selawat atau lebih juga dikenali oleh penduduk kampung Masjid Terapung merupakan salah sebuah masjid yang menjadi simbolik kepada Pulau Pangkor. Masjid Seribu Selawat ini merupakan cetusan idea daripada Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Bin Abdul Kadir iaitu anak jati kelahiran Pulau Pangkor. Ia dikenali sebagai Masjid Seribu Selawat kerana terdapat ukiran ayat-ayat suci al-Quran dan selawat keseluruhan dinding masjid dan syiling di ruang solat. Masjid ini telah siap dibina pada awal Januari 2017. Para pelancong boleh dapat mengunjungi ke Masjid Al Badr. Suasananya yang tenang terletak di kawasan laut memberi kedamaian kepada para pengunjung dan dapat beribadah.