Pekan Selama, Perak bermula dari pertengahan tahun 1850 dikaitkan dengan Larut dan Matang adalah telah lama maju jika dibanding dengan tempat lain di Tanah Melayu. Perang Larut, Pembinaan Jalan Keretapi yang pertama di antara Port Weld (Kula Sepetang) dengan Taiping telah membuatkan tempat ini lebih bersejarah dari Kuala Lumpur. Ringkasan cerita ianya bersempadan pula dengan Selama di Kedah. Tak jauh, jadi kita sebut SELAMA KEDAH dan di situ terdapat sebuah restoran/kedai makan di panggil “mee rebus Pak Barom”.
Sejarahnya Pak Barom dua beradik telah mula meniaga makanan di situ lebih kurang 60 tahun yang lalu. Setelah kematiannya, anak menakannya yang bernama Mat telah take over tempat ini dan memindahkannya ketempat yang lebih besar iaitu disebelah hadapan kedai lama. Kedai ini disewa daripada seorang ceti, sewanya saya tak tahu lak. Aneka jenis mee, nasi lemak, roti canai, kueh mueh terutama pulut panggang dan minuman tersedia untuk pengunjung yang datang. Rasanya memang ngam, light, cool dan sedap. Saya rasa terpanggil untuk menulis dlm blog ini supaya semua boleh merasa keenakannya jika berkunjung ke sana sila order mee rebus sepinggan, harganya cuma rm2.40 shj tapi rasanya enak teringat-ingat.