Wednesday, December 11, 2024
Wednesday, December 11, 2024
Home#Restoran/ Makan-makanNasi Yellow Kampor

Nasi Yellow Kampor

Ingin mencari menu nasi istimewa yang padu tapi dengan harga yang berpatutan? Moh kome singgah ke Nasi Yellow Kampor .

Pelbagai menu masakan yang boleh anda pilih untuk gandingkan bersama nasi kuning. Antara menu masakan yang menjadi pilihan adalah Kari Kambing, Ayam Blackpepper, Ayam Butter Milk, Daging Masak Hitam ala Dendeng, Ayam Madu Merah ala Korea, Ayam Indosiam, Ayam Kicap Bali, Ayam Bakar Honey Lemon, Ayam Perchik dan Sambal Udang.

Salah satu menu istimewa yang boleh didapati di Nasi Yellow Kampor adalah Rendang Daging Bersamah Warisan. Rendang ini adalah resepi tradisi turun temurun yang menggunakan daging lembu bermutu tinggi yang diadun bersama rempah ratus asli, kerisik homemade dan santan tulen. Menu ini hanya ada pada waktu tertentu sahaja. Memang sedap!

Nasi Yellow Kampor turut menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan di sekitar Malim Nawar dan Kampar. Anda boleh terus ke Kedai Nasi Yellow Kampor terletak di Kuala Dipang, Kampar. Lokasi kedai ini juga mudah dicari kerana kedainya berwarna kuning, bersebelahan dengan Caltex lama di Jalan Kampar – Gopeng. Waktu operasi adalah pada hari Selasa hingga Ahad, jam 4 petang hingga 11 malam. Cuti pada hari Isnin. Untuk sebarang tempahan jamuan dan makanan, anda boleh hubungi 013-489 8485 (Nasi Yellow Kampar).

dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular