Friday, February 14, 2025
Friday, February 14, 2025
Home#Lokasi MenarikPahit Cafe: Port Lepak Chill & Aesthetic Di Changlun – Orang Kedah,...

Pahit Cafe: Port Lepak Chill & Aesthetic Di Changlun – Orang Kedah, Orang Perlis, Jemput Mai Singgah!

PAHIT CAFE: tempat healing dan santai

Cari port lepak yang cozy dan aesthetic dekat dengan Changlun? Pahit Cafe memang pilihan terbaik! Dengan suasana outdoor yang santai dan dekorasi yang cantik dan nyaman, tempat ni sesuai sangat untuk hampa yang nak healing sambil menikmati minuman yang tak terlalu manis memang kena dengan nama “Pahit” tu sendiri.

Orang Kedah, orang Perlis, lagi lagi yang berdekatan dengan Changlun! Jom mai singgah Pahit Cafe untuk lepak santai dan bergambar cantik!

Apa Yang Best di Pahit Cafe?

1️⃣ Port Bergambar Yang Aesthetic Gila!

Suasana outdoor yang simple tapi estetik kat Pahit Cafe ni memang padu untuk kaki bergambar. Lampu malap waktu malam pulak buat suasana jadi romantik dan aesthetic gila! Memang sesuai untuk ootd, selfie, atau gambar group.

2️⃣ Minuman Yang Tak Terlalu Manis

Nama “Pahit” tu memang melambangkan identiti minuman kat sini yang kurang manis tapi tetap sedap! Matcha itu sendiri rasa dia seimbang, sesuai untuk yang tak minat air manis sangat. Sambil lepak, bolehlah order kudapan macam nugget dan fries yang sesuai untuk makan sambil borak. Selain tu depa juga ada makanan yang berat seperti chicken grill, chicken chop, meatballs, burger dan lain lain hampa boleh tengok depa punya tiktok untuk maklumat lebih lanjut.

3️⃣ Suasana Cozy & Tenang

Kalau nak escape dari kesibukan harian, Pahit Cafe memang port santai yang sesuai. Suasana outdoor yang nyaman dengan angin sepoi-sepoi buat hampa rasa rileks sambil layan minuman yang menyegarkan.

4️⃣ Viral di TikTok!

Pahit Cafe ni memang trending juga kat TikTok, siap ada video yang cecah 1 JUTA views! Port ni memang famous sebab vibe dia yang chill dan aesthetic. Kalau tak nak ketinggalan trend ataupun bahasa budak zaman sekarang FOMO (fear of missing out), follow TikTok depa kat @pahitcafe dan tengok sendiri kenapa ramai yang mai lepak sini.

Info Lokasi & Waktu Operasi

📍 Alamat: Kg baru, jalan, sintok, 06010 Changlun, Kedah

🕓 Waktu Operasi: 4PM – 12AM (Tutup setiap Isnin)

📱 Instagram: Pahit Cafe

🎥 TikTok: @pahitcafe

Orang Kedah, orang Perlis dan yang berdekatan dengan Changlun, jemput mai singgah Pahit Cafe!

RELATED ARTICLES

Most Popular

G-WL94JCMYT1