Pasar pagi atau Nat panggilan yang sinonim kepada penduduk wilayah utara. Yang pasti setiap tempat mempunyai tarikan yang tersendiri. Pelbagai jualan barangan keperluan harian seperti makanan dan barangan dapur/basah untuk kemudahan harian. Semestinya surirumah yang paling sibuk untuk mendapatkan bekalan untuk memasak. Tidak lupa orang ramai yang datang untuk mencari sarapan pagi atau sebagai alas perut. Antara tarikan utama disini adalah makanan mee satay dan minuman “kaw” yang menjadi pilihan wajib pembeli yang datang. Pakaian wanita dan kanak-kanak serta aksesori turut dijual disini.

Lokasi : Pasar Tani Taman Wira, Mergong

Masa Operasi: Ahad, Rabu dan Jumaat

Â