Tuesday, December 17, 2024
Tuesday, December 17, 2024
HomeKedahKubang PasuRehat Sebentar Homestay Pulau Pisang

Rehat Sebentar Homestay Pulau Pisang

Pandulah sejauh 30 km dari Bandaraya Alor Setar menghala ke Jitra dan Tunjang untuk tiba di Homestay MADA Pulau Pisang, di mana ianya dikelilingi oleh kecantikan sawah padi menghijau di waktu awal penanaman dan emas kekuningan di masa penuaian.
Dengan hanya RM120, anda boleh menetap di 15 buah rumah inapdesa yang berbagai rekabentuk; moden atau tradisional, serta 2 buah chalet di pinggir kolam yang luas.

Beberapa aktiviti berasaskan alam tersedia untuk anda menikmatinya. Berkayaklah di dalam kolam yang terbentang luas ataupun anda boleh memancing untuk ikan air tawar yang boleh anda bakar sendiri untuk hidangan makan malam anda yang begitu segar.
Alamilah kehidupan di desa bersama keluarga peladang yang sentiasa bersedia menerima anda dan jadikan ianya sebagai percutian yang tiada penghujungnya. Aktiviti berkumpulan dan majlis perkahwinan boleh diadakan di sini, penuh dengan tradisi dan dikelilingi alam semujadi, khusus untuk anda mengalaminya sendiri serta menjadi kenangan yang abadi.

 

Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi Pak Atan +6017-5190-638 atau Liyana +6012-5773-571

firdaus
firdaus
Pusat Internet 1 Malaysia Tunjang Manager
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular