Lumut SeaPort merupakan sebuah restoran yang terletak di Marina Wing Lumut, berhadapan dengan kapal KD Rahmat. Restoran ini menyajikan pelbagai jenis hidangan antaranya ialah hidangan keluarga yang popular iaitu shellout yang terdiri daripada pelbagai makanan laut segar. Terdapat juga hidangan ikan bakar petai, makanan laut celup tepung dan pelbagai lagi. Restoran ini menyediakan ruang makan berhawa dingin yang selesa dan juga tingkat atas dengan pemandangan yang sangat cantik buat para pelanggan. Untuk anda yang inginkan kelainan, anda juga boleh bersantai di bean bag Lumut Seaport.
Instagram : Lumut_Seaport
Facebook Page: Lumut SeaPort
Masa Operasi: 4 petang – 12 malam
No telefon: 014 902 6037