Kalau anda ke Ipoh, dan tak tau nak sarapan di mana, apa kata kalau anda kunjungi Restoran New hollywood yang terletak di 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak. Kedai ini menyediakan juadah seperti Kuetiaw goreng, wantan mee, nasi lemak, roti goyang, chee chong fun dan pelbagai lagi. Kepada yang meragui status halal restoran ini, anda tidak perlu kuatir kerana, restoran ini telah pun memilik sijil halal dan selamat untuk orang islam. kedai ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat cina, malahan turut dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan warga asing. Makanan di sini juga menyediakan harga yang sangat berpatutan. Jadi, kepada yang berminat restoran ini dibuka pada jam 7 pagi hingga 4 petang.