Restoran Rojak Manjung yang terletak di Lot 6 D’Mara Plaza, Jalan Lumut, Sitiawan merupakan salah satu restoran yang sering menjadi tumpuan para pencinta makanan sekitar daerah Manjung.
Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis pilihan rojak dan dihidangkan bersama kuah kacang. Selain menu utamanya rojak, restoran ini juga juga menghidangkan pelbagai jenis lauk pauk untuk makan tengah hari. Antara menu popular ialah Rendang Cendawan.
Masa Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Ahad pukul 9 pagi sehingga 3 petang kecuali hari Jumaat
Lokasi: Lot 6 D’Mara Plaza, Jalan Lumut, Sitiawan
No. telefon: 012-507 5453 (En. Amer Zuraidi)