Sempurna Kacang Putih

603

Perniagaan Sempurna Kacang putih masih belum popular seperti DNS Kacang Putih dan SR Kacang Putih. Sempurna Kacang Putih baru meningkat naik dan mula dikenali ramai. Terletak di kawasan Kampung Kacang Putih dan berhampiran dengan Perniagaan SR Kacang putih tidak mematahkan semangat pengusaha muda Cik Buvibeswary dalam mengendalikan perniagaan keluarganya. Beliau merupakan generasi ketiga dalam mengusahakan perniagaan Kacang Putih dan sebelum ini, bapa beliau yang menguruskan perniagaan tersebut. Menurut Cik Buvi, perniagaan Kacang Putih ini telah diusahakan oleh datuknya K. Cinnasamy Nadar, pada tahun 1946. Kemudian diuruskan oleh bapanya Jayabalan dan akhirnya kepada beliau. Datuknya dahulu menjual Kacang Putih dengan membawa dulang diatas kepala yang diatasnya terdapat kacang putih. Datuknya akan berjalan kaki setiap hari di kawasan pekan bagi menjual produknya dan sambil mempromosikan jualannya. Ayahnya juga turut dididik untuk mengikuti jejak langkah yang sama seperti datuknya.Bagi mengembangkan lagi perniagaan Sempurna Kacang Putih dan selaras dengan dunia yang berteknologi ini, Generasi ketiga daripada Sempurna Kacang Putih, Cik Buvi mempelajari selok belok pemasaran melalui ICT bagi memudahkan urusan jual beli dan mempergiatkan promosi perniagaannya. Untuk perniagaan yang diuruskan beliau sekarang, produk Kacang Putih telah mendapat sijil kelulusan  Halal dari Jakim dan dengan adanya Sijil Halal ini, matlamatnya adalah untuk memasarkan Kacang Putih sehingga ke luar Negara. Beliau juga telah membangunkan Laman Sesawang dan Facebook Pages Sempurna Kacang Putih. Melalui media sosial keuntungannya semakin hari semakin meningkat dan perniagaannya juga telah dikenali ramai.

SEMPURNA KACANG PUTIH (IP0412209-W)

Tel: 011-26102809 /014-3041817 / 05-2058077

Email: sempurnakacangputih@gmail.com

Address: 174, Jalan Sungai Pari,Teluk Kurin Buntong, 30100 Ipoh, Perak

Facebook Pages : Sempurna kacang putih, Buntong