Semua bermula dengan niat membantu membangun komuniti miskin Kampung Lintang dengan pertanian padi lestari, ekar demi ekar. Dari kisah beberapa tahun dahulu – ada hamba Allah yang masuk ke hujung kampung terbiar hanya berbekalkan niat membantu, lalu menggerak beberapa orang kampung membugar tanah untuk kelangsungan hidup yang lebih berkualiti – kini telah berjaya membantu ramai penduduk kampung, pertama sekali dengan penyebaran ilmu, dan menghasilkan antara padi yang paling berkualiti & tinggi hasilnya di Malaysia – 100% organik, 100% bebas kimia, 100% dengan kaedah lestari.
Anda juga boleh sama-sama membantu dengan menyokong serta menyebarluaskan kisah & hasil bumi penduduk Kampung Lintang yang jauh lebih baik untuk kesihatan diri & alam serta mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan dari luar.
Selamat datang ke Sri Lovely – Lembah Organik Kampung Lintang.
Alamat :Kampung Lintang, Kampung Belantik
08210 Sik, Kedah, Malaysia
No Tel  :0134643935 (Tuan Zakaria – Operation) 0122076793 (Muaz – Products)
Facebook:Â https://www.facebook.com/lovelyorganicfarm/
GPS  : 6°02’51.7″N 100°50’29.1″E