Betul lah kata orang sekarang yang dunia sekarang sudah terbalik. Cuma tak seperti orang lain, anda ada gambar untuk buat bukti.
Apa Yang Tidak Terbalik
Di muzium ini semuanya terbalik. Cuma manusia saja yang tidak terbalik.
Bukan sahaja tangga, tempat tidur dan dapurnya terbalik — tapi tempat jualan tiketnya pun dah terbalik. Nasib baiklah, mereka tak terbalik yang bayar untuk anda masuk ke sini.
Kalau memang kejadian anda post gambar setiap 10 minit ke Instagram, ini antara tarikan di Penang yang wajib anda lawat. Cuma cari jalan untuk datang pada hari biasa supaya tidak ada kepala atau lengan orang lain dalam gambar anda itu. Tak hip la kan?
Harga Tiket
Warganegara Malaysia
Dewasa : RM16
Kanak-kanak : RM8
Pelancong Asing
Dewasa : RM27
Kanak-kanak : RM16