Bang Jali Cakoi Cheese

220

Encik Ghazali Ismail merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan dalam penyediaan makanan. Beliau telah mengusahakan perniagaan sejak tahun 2010 hingga kini yang diberi nama “ Bang Jali Cakoi Cheese & Pau Goreng” bertempat di Medan Selera Taman Tunku Hosna, Alor Setar. Antara menu yang terdapat di gerai beliau adalah, Cakoi, Cakoi Cheese, Pau Goreng, Pau Coklat, Pau Kaya dan Pau Sardin. Antara menu yang sering menjadi pilihan utama para pelanggan di gerai beliau adalah Cakoi Cheese.

Selain berniaga di medan selera tersebut, beliau turut menerima tempahan untuk majlis dan kenduri dengan minimum order sebanyak 7kg untuk sesuatu majlis.

Cakoi Cheese
Bang Jali Cakoi Cheese

Nama Gerai – Bang Jali Cakoi Cheese & Pau Goreng
Nama Pemilik – Ghazali Ismail @ Bang Jali
Lokasi – Medan Selera Taman Tunku Hosna
Google Maps – https://goo.gl/maps/eeF9VH4ymwo
Waktu Perniagaan – 1.00tgh-7.00ptg ( Sabtu-Khamis), Cuti Jumaat
No tel – 011-20824452
Whatsapp – https://www.wasap.my/60175766334

menarikdi.com