Assalamualaikum dan selamat pagi warga Kinta. Dah hampir waktu tengah hari tapi masih tidak tahu nak makan di mana? Admin syorkan anda makan tengah hari di Cafe RBC Bistro di Malim Nawar untuk makan makanan chinese style. Admin pernah mencuba Nasi Putih Asam Pedas Daging Tetel dan rasanya memang pedas dan sedap! Harganya cuma RM6.90 sahaja. Nasi Itik Panggang pula hanya RM7.00, manakala Nasi Ayam Panggang pula berharga RM5.00 sahaja. Wow!

Selain itu, bermula 6 Mei 2017, Cafe RBC Bistro menawarkan menu makanan western menarik iaitu Western Talam dan Chicken Chop. Menu ini akan mula dijual pada jam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

 

Anda juga boleh menempah itik panggang dan ayam panggang untuk sebarang majlis di Cafe RBC Bistro, Malim Nawar. Cafe ini membuka order untuk itik dan ayam panggang untuk warga sekitar Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Seri Iskandar, Batu Gajah dan Tapah. Jika berminat, anda boleh hubungi / Whatssap 019-5712197 (Cafe RBC Bistro).

Cafe RBC Bistro terletak bersebelahan dengan Petron Malim Nawar. Kafe ini beroperasi setiap hari kecuali hari Jumaat pada jam 11.00 pagi – 11.00 malam. Moh kome!

menarikdi.com