Thursday, April 4, 2024
Home#Rekreasi/ Lokasi MenarikSahom Valley Agro & Eco Resort di Kampar

Sahom Valley Agro & Eco Resort di Kampar

Sahom Valley Agro & Eco Resort terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sahom. Terdapat sebuah kawasan seluas 50 ekar di kampong tersebut yang menjalankan aktiviti ternakan dan perladangan. Ladang ini adalah projek usahasama antara Sahom Farm dengan Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad.

Dengan potensi yang ada maka Sahom Valley Agro & Eco Resort diwujudkan bagi menyediakan tempat percutian yang berlatarbelakangkan ladang ternakan dan perladangan. Kemudahan-kemudahan yang tersedia ada membolehkan ia menjadi tempat percutian untuk keluarga, perjumpaan kenalan, berseminar dan kem motivasi murid sekolah. Selain itu, pengunjung berpeluang membuat aktiviti riadah lasak seperti permainan “paint ball”, kayak, “white water rafting” dan “mountain biking” di Kampung Kembara.

Di Sahom Valley Agro & Eco Resort para pengunjung boleh bermandi-manda dan berkelah di sungai yang mengalir merentasi ladang ini, memancing di kolam ikan yang disediakan, menjejak hutan Gunung Bujang Melaka bersebelahannya, berbasikal sambil melawat perkampungan orang asli atau hanya bersantai di dalam suasana kampung yang tenang dengan kabus pagi yang sejuk, udara yang segar dan nyaman.

Sahom Valley Agro & Eco Resort terletak di Lot 228800, Kampung Sahom, 31900 Kampar, Perak Darul Ridzuan. Anda juga boleh telefon di talian 012-4882480 / 012-2122480 untuk membuat sebarang tempahan majlis atau aktiviti di sana.

Moh kome ke Sahom Valley Agro & Eco Resort, Kampar, Perak!

dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

Most Popular