Gunung Keriang terkenal dengan kewujudan batu kristal sejak tahun 90-an.Salah seorang pengusaha Batu Kristal Encik Bistaie Bakar , yang telah menceburi bidang ini semenjak tahun 1994 sehingga kini 2017. Perniagaan yang diceburinya sejak berusia 20 tahun itu menjadikan beliau salah seorang pengusaha Batu Bunga Kristal yang sangat dikenali oleh penduduk sekitar dan penggemar batu tersebut. Pelbagai jenis batu kristal dan gred adalah dengan merujuk kepada rupabentuk dan keunikan pada setiap batu tersebut. Antaranya adalah seperti candle stone, geluk, kecubung, batu air, batu bunga dan sebagainya. Menurut kepercayaan kaum cina, batu kristal cukup terkenal dengan fungsinya yang tersendiri darisegi kesihatan mahupun mendatangkan kekayaan atau tuah. Disini pengunjung boleh mendapatkan harga batu kristal dengan harga serendah RM5.00 sehingga puluhan ribu ringgit.

No tel: 012 307 2597(Bistaie)

Lokasi: Gunung Keriang, Alor Setar

   

 

menarikdi.com