Pulau Giam merupakan sebuah pulau kecil yang  berada di dalam kawasan Teluk Nipah Pulau Pangkor. Keunikan pulau ini ialah, apabila musim perayaan Cina, pengunjung boleh ke  Pulau Giam dengan hanya berjalankan kaki. Air akan timpas /surut sehingga menampakkan segala hidupan dasar laut dengan air laut yang sangat cantik dan jernih. Ia memberikan suatu daya tarikan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Pulau Giam.