Kerana datangnya setahun sekali, bazaar Ramadhan menjadi tumpuan umum lapisan masyarakat, tidak kira orang Islam atau bukan Islam. Kedatangan mereka sekadar mendapatkan makanan yang beraneka jenis yang sebahagian darinya hanya dijual pada bulan Ramadhan saja.
Kaum Islam yang berpuasa datang ke bazaar kerana mahu mendapatkan makanan berbuka puasa. Peniaga-peniaga pula sudah tentu melihat inilah masanya mereka mendapat keuntungan bermusim sepanjang bulan Ramadhan.
Jika mahu mencari pelbagai pilihan beraneka makanan, kunjungilah di bazaar Ramadhan Selama, Perak.