Sunday, December 22, 2024
Sunday, December 22, 2024

Beting Beras Basah

 

Beting Beras Basah

Jeti Beting Beras Basah adalah satu lagi tempat unik untuk menyaksikan suatu pemandangan yang jarang berlaku di dunia.Keunikan tempat ini adalah apabila air laut surut sebahagian pantai di sini akan pejal dan para pengunjung boleh berjalan di atasnya.

Sejarah Bermulanya Kesultanan Perak
 
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Sebelumnya, dua pembesar Perak iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah menghadap Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang bersemayam di Kampar untuk memperkenankan seorang puteranya untuk dijadikan Sultan Perak. Baginda telah memperkenan permintaan tersebut dan mengarahkan putera keduanya iaitu Raja Muzaffar Shah ke Perak.
 
Sewaktu Bahtera baginda menghampiri di kuala Sungai Perak dan sampai ke kawasan Beting Beras Basah, bahtera baginda telah dipukul ombak yang besar dan terdampar secara tiba-tiba diatas satu beting ditengah lautan tersebut. Baginda telah mengarahkan supaya dibuangkan ke laut barang-barang yang berat, namun laut tetap bergelora. Lalu baginda pun berseru :
 
“Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka”
 
Sultan Muzzaffar lantas mengambil mahkota baginda lalu membuangnya ke dalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali seperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala. Serentak dengan itu, Tun Saban dan pengikutnya melaungkan “DAULAT TUANKU” dan baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda.
 
Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. 

 

Image result for pintu gerbang beting beras basah

Pintu Gerbang menuju ke Beting Beras Basah

Rekabentuk Seni Lama Melayu

Ini adalah Nama Beting Beras Basah ia boleh dilihat jika air surut sahaja

Pemandangan dari atas mengunakan Drone 

 

 

 

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular