Bulatan Amanjaya, Meru merupakan lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah kerana kawasan tersebut dilengkapi pelbagai kemudahan riadah seperti laluan berjoging, kawasan santai, kerusi untuk berÂistirehat serta beberapa kemudahan untuk bersenam. Bulatan ini turut dikenali sebagai Bulatan Meru Raya atau Bulatan Casuarina oleh penduduk tempatan kerana memiliki pelbagai kemudahan termasuk tarikan utamanya iaitu air pancuran berirama dengan pancaran cahaya berwarna-warni. Lebih mengujakan terutamanya golongÂan kanak-kanak yang pastinya tidak mahu ketinggalan bermain air. Bulatan ini menjadi tarikan terutamanya pada waktu malam kerana keindahan panorama dan kehijauan landskapnya. Selain itu, bulatan ini juga berdekatan dengan Hotel Casuarina, Mydin Meru Raya dan deretan kedai.
Lokasi:
Waktu Operasi: 24 jam