Orang Ipoh selalu berhadapan dengan masalah mencari lokasi makan tengahari yang menarik. Kami perkenalkan Cafe Latifah Omar White Coffee yang menyediakan menu makan tengahari yang sangat menarik dan pastinya sedap.
Antara menu utama yang mendapat sambutan dan permintaan paling tinggi ialah Burger Leleh Homemade dimana daging burgernya dibuat sendiri. Selain itu terdapat juga masakan kampung dan juga barat seperti nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi ayam herba, black pepper chicken grill, meatball cheese dan sebagainya.
Untuk pengetahuan, menu minuman yang disediakan di sini direka sendiri dan menggunakan produk yang dikeluarkan oleh Latifah Omar seperti Bandung Fruity, White Coffee, Kopi Pegaga, White Coffee Ubi Jaga dan pelbagai lagi minuman.
Cafe Latifah Omar White Coffee sangat sesuai dijadikan tempat makan tengahari kerana tempatnya yang berhawa dingin dan sangat selesa.
Lokasi : No 5 Kompleks PKNP, Jalan Niaga 1, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh, Perak.
Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (12.00 tgh – 12.00 mlm)
Hubungi : 016-558 7569