HEBAT! D’PARIT CAFE MENGEKALKAN RASA CENDOL YANG TRADISIONAL DENGAN KEPELBAGAIAN MENU !
Cendol adalah makanan yang tidak asing di negara kita. Ia terkenal tidak kira tempat. Di mana-mana ia ada. Bezanya , D’Parit Cafe unik dari yang lain.
D’Parit Cafe tidak lekang dengan pelanggan. Suasana di tempat ini juga tenang dimana anda boleh menikmati keindahan Sungai Perak. Suasana tersebut secara tidak langsung menambahkan mood untuk makan cendol sambil berbual-bual bersama rakan dan keluarga. Keadaan di sini sungguh santai.
Terdpat juga pelbagai makanan sampingan yang anda boleh cuba antaranya , laksa , mee rebus , western food , rojak , milo ais kepal dan banyak lagi ..
D’Parit Cafe juga menerima tempahan cendol untuk sebarang majlis..
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook mereka.