Kepada penggemar Gulai & Asam Pedas, berita baik untuk anda semua! Restoran Selera Mak Tok yang terletak di Lumut, lebih kurang 200 meter daripada trafic light Siput menuju ke Lumut menyediakan hidangan Gulai & Asam Pedas resepi istimewa dari Utara. Restoran ini menyediakan pelbagai pilihan ikan segar dan makanan laut seperti udang dan sotong bagi memenuhi selera anda. Gulai & Asam Pedas yang dihidang panas-panas bersama nasi putih beserta ulam-ulaman segar dan sambal belacan.
FB Page: @SeleraMakTok
Masa Operasi: 5 Petang – 12 Malam
No. Telefon: 019-7713241/ 0111-0013241