Monday, December 9, 2024
Monday, December 9, 2024
Home#Penginapan/ Hotel/ HomestayKampung Karyawan Malim di Gopeng

Kampung Karyawan Malim di Gopeng

Kampung Karyawan Malim adalah salah satu destinasi pelancongan baru di negeri Perak, khususnya di Gopeng. Kampung Karyawan Malim terletak hanya 32 km dari Cameron Highland dan 23 km sahaja dari Ipoh. Kampung Karyawan Malim diasakan oleh Malim Ghozali PK dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir pada 4 Mac 2017.

Pada mulanya, Kampung Karyawan Malim dibina untuk golongan karyawan seperti penulis, penyair, pemuzik dan pelukis mendapatkan sumber inspirasi mereka untuk mencipta karya mereka kerana suasana yang aman dan tenang. Matlamatnya supaya mereka dapat dihimpunkan untuk saling bertukar-tukar pandangan dan idea-idea seni serta menghasilkan karya masing-masing. Selain itu, kewujudan perkampungan itu adalah sebagai salah usaha untuk memulihara dan mengekalkan warisan budaya di Perak seperti warisan seni bina serta karya seni. Antara aktiviti seni yang diadakan di sini adalah deklamasi puisi, pameran lukisan, persembahan tarian tradisi dan lagu rakyat.

Kini, anda juga boleh berkunjung ke Kampung Karyawan Malim dan nikmati sendiri pemandangan indah di sini. Kampung Karyawan Malim turut menyediakan pelbagai jenis inap desa yang sesuai untuk pengunjung yang ingin merasai suasana kampung. Kawasan seluas 8 hektar itu turut menempatkan 13 inap desa berasaskan reka bentuk rumah tradisional Perak seperti rumah kutai. Harga bilik juga adalah berpatutan, sekitar RM180 hingga RM350 sahaja. Menariknya, hampir kesemua inap desa tersebut dinamakan sempena nama-nama karyawan terkenal di Perak seperti Buyong Adil, Malim Ghozali PK, Boestamam, Mana Sikana, Suhaimi Hj. Muhammad dan Burhanuddin al-Helmy.

Pengunjung tidak perlu risau kerana tempat parkir turut disediakan di dalam kawasan Kampung Karyawan Malim ini. Setiap inap desa turut dilengkapi dengan televisyen, bilik air, tab mandi dan shower. Pengunjung juga tidak perlu keluar dari perkampungan ini untuk makan kerana terdapat restoran (Rumah Opah) dan coffee house.

Kampung Karyawan Malim turut menyediakan tapak perkhemahan, dewan besar dan dewan makan terbuka yang sesuai untuk aktiviti motivasi, khasnya untuk pelajar. Sewa tapak khemah adalah RM10. Khemah juga boleh disewa dengan harga RM20. Anda juga boleh menyertai aktiviti lasak sekitar kawasan perkampungan ini. Antaranya outdoor hiking, water rafting, kayaking dan abseiling water tour.

Jangan ketinggalan untuk mengunjungi Kampung Karyawan Malim! Kampung ini terletak di Lembah Gunung Tempurung, Jalan Gua Tempurung, Batu 16 1/2, 31600 Gopeng, Perak. Anda juga boleh membuat tempahan di talian 018-371 0969 (Kampung Karyawan Malim).

dyanakhairudin
dyanakhairudin
Nordiyana binti Khairudin, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Tualang Sekah, Perak (Cluster Kinta)
RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Most Popular