LOKASI :TASIK PEDU, PADANG TERAP
JARAK21 KM DARI PEKAN KUALA NERANG90 KM DARI BANDARAYA ALOR STAR
AKTIVITI
- MENIKMATI KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI.
- BERMALAM DI HOUSEBOAT TASIK PEDU.
- MEMANCING
Keindahan alam semulajadi di Tasik Pedu, Padang Terap sangat mengagumkan dan memberi inspirasi. Suasana nyaman dan segar alam semula jadi di sini yang bebas daripada sebarang pencemaran alam atau pembangunan industri membangkitkan ketenangan dan kedamaian yang tidak mungkin dapat dirasai ketika berada di kota kosmopolitan. Kepada pencinta alam semula jadi, penggemar burung dan peminat rekreasi, bunyi cengkerik, siulan burung kuang dan tiung serta kebingitan itik nila dan jeritan lotong pasti menambat hati. Selain itu, lebah madu tualang di Tasik Pedu merupakan antara terbaik kerana disini terdapat lebih 300 jenis bunga bungaan. Dengan menaiki bot, pengunjung boleh bermalam di Houseboat Pedu Lake yang terletak di tengah-tengah tasik dan melakukan pelbagai aktiviti.