Tahukah anda bahawa kolam air panas di Kampung Ulu Slim, merupakan kolam air panas yang terpanas di Semenanjung Malaysia dan ia mencecah suhu 104ºC ?. Oleh kerana ia bukan disebabkan oleh aktiviti gunung berapi anda tidak akan menghidu bau sulfur yang kuat di sini. Penyelidik menyatakan suhu bawah tanah boleh mencecah 1200ºC pada paras 10,000 kaki (3km) bawah tanah.
Satu lagi faktor menarik tentang kolam air panas ini adalah walapun airnya amat panas tetapi terdapat mikroorganisma yang hidup di dalamnya. Mereka dipanggil mikro organisma jenis hiperthermofilik  atau ‘thermopiles’ atau ‘hyperthermophiles’. Mikrob-mikrob ini cuma boleh hidup di dalam suhu 45ºC dan ke atas. Mereka mati sekiranya suhu lebih rendah dari ini. Hyperthermophiles pula cuma hidup pada suhu 80ºC ke atas. Kolam air panas Ulu Slim ini mempunyai mikroorganisma jenis Hyperthermophiles ini. Sungguh menakjubkan! Walaupun kita tidak boleh melihat mikrob ini dengan mata kasar, kita boleh lihat di dalam kolam air panas ini lumut-lumut hijau di sekelilingnya yang boleh hidup di dalam air panas. Ada tumbuhan yang boleh hidup di dalam air panas.
Pengunjung-pengunjung yang datang ke kolam ini kebanyakannya gemar merebus telur dan merendamkan kaki ke dalam kolam ini. Persekitaran kawasan kolam ini telah dibersihkan dan dibangunkan oleh Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kemudahan – kemudahan seperti pondok istirehat dan jambatan laluan berjalan kaki di atas kolam menyebabkan Kolam Air Panas ini menjadi satu tempat yang menarik dan cantik. Kolam ini juga menjadi tumpuan bagi peserta-peserta X.P.D.C merentasi Banjaran Titiwangsa dari Raub Pahang.
ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KOLAM AIR PANAS ULU SLIM :
- Ruang istirehat yang berbumbung.
- Menyediakan tempat pejalan kaki.
- Menyediakan tempat merebus telur.