Pada 20.7.2017 Ladies Lane dalam Daerah Muallim dilancarkan dan disempurnakan oleh YABhg Datin Seri Saripah Zulkifli, Isteri YAB Menteri Besar Perak merangkap Yang DiPertua Baiduri Negeri.
Tujuan utama Pelancaran ini adalah untuk Memperkasakan Ekonomi Wanita dan membantu wanita untuk memasarkan produk di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.
Ladies Lane dibuka seawal jam 7.00 pagi sehingga jam 1.00 tengahari,iaitu Pada setiap Hari Ahad. Pelbagai aktiviti seperti Senamrobik Zumba, jualan daripada gerai peniaga-peniaga wanita dan lain-lain aktiviti santai dan menyeronokkan.
Dalam akhbar Online, My Metro bertarikh 20 Oktober 2017 juga menceritakan keunikan Ladies Lane 🙂
Boleh Klik pada Pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ladies Lane https://www.hmetro.com.my/agro/2017/10/274899/ladies-lane-lokasi-strategik-wanita-berniagaÂ
dan Like Facebook Page https://www.facebook.com/ladieslanebazarnita/